Tetamu Kami シ

Thursday, June 13, 2013

Penyakit Gusi dan Bau Mulut

Apakah itu penyakit gusi...

  • Penyakit gusi terjadi adalah merupakan keradangan pada gusi yang disebabkan oleh plak ( tahi gigi ) yang tidak dibersihkan dengan sempurna.
  • TAHI GIGI adalah merupakan sisa makanan yang melekat pada gigi dan pinggir gusi 
  • sekiranya TAHI GIGI tidak dibersihkan, ia akan mengeras dan membentuk KARANG GIGI
  • TAHI GIGI dan KARANG GIGI boleh menyebabkan gusi bengkak dan mudah berdarah
karang gigi dan pinggir gusi yang kelihatan kemerahan



Tanda - tanda penyakit gusi :
  • gusi berdarah semasa disentuh/ memberus gigi
  • mulut berbau
  • gigi goyang dan bergerak dari kedudukan asal
  • gusi turun dan menyebabkan gigi sensitif

Jika anda mengalami tanda - tanda di atas :
Jangan lah takut untuk berjumpa doktor gigi anda
Ubat kumur tidak akan merawat penyakit gusi sekiranya karang gigi TIDAK DIBUANG

Rawatan yang akan diberikan adalah PENSKALERAN DAN PENGGILAPAN


Penskaleran adalah satu prosedur pembuangan karang gigi dengan menggunakan mesin ultrasonic.

Selepas penskaleran....gigi bersih...gusi pun akan kembali sihat


GOSOK GIGI PUN DAH TAK BERDARAH

YANG PENTING..MULUT PUN DAH TAK BERBAU

LEBIH YAKIN NAK BERCAKAP DENGAN ORANG LAIN.. :)


5 comments:

  1. Brapa bayaran utk treatment ni?

    ReplyDelete
    Replies
    1. bergantung kepada banyak mana karang gigi dan karat pada gigi..
      biasanya dari rm 45 hingga rm 90

      Delete
  2. ok.trima kasih atas info. ade hari tertentu ke nk dtg buat pnskaleran ni?

    ReplyDelete
  3. sama sama..datang je....so far tak buat aoopintment pun takpa..kita cuma tutup hari ahad

    ReplyDelete
  4. Salam..scaling dan penggilapan(cuci gigi) tu proses yg sme ke?

    ReplyDelete