Tetamu Kami シ

Tuesday, July 2, 2013

Promosi Bulan Ramadhan

Assalamualaikum dan salam satu malaysia...

Sempena bulan puasa yang bakal menjelma, pihak klinik ingin mengucapkan selamat berpuasa dan selamat menjalani ibadah di bulan yang mulia kepada semua yang beragama islam..

Di kesempatan ini, kami ingin memaklumkan perubahan waktu operasi klinik bermula 10 Julai 2013               ( 1 ramadhan )...

- isnin, selasa, rabu,khamis dan sabtu : 10.30 pagi - 6 petang ( 1 tgh - 2 ptg rehat ) 
                                                                 dan 8mlm - 11mlm
- jumaat : 10.30 pagi hingga 6 petang SAHAJA ... ( TIADA WAKTU REHAT TENGAHARI )

 Kami juga menawarkan pakej rawatan dengan diskaun istimewa :

- cabutan
- tampalan    ----->  diskaun caj rawatan 10 hingga 15%
- cuci gigi
- gigi palsu separuh
- sarung gigi ( crown )

- gigi palsu penuh atas : rm350 ( harga asal rm 400 )
- gigi palsu penuh bawah : rm 350 ( harga asal rm 400 )
-satu set gg palsu penuh atas dan bawah : rm 680 ( harga asal rm 700 )

- pemutihan gigi - rm 550 (harga asal rm 600 )
- berlian gigi - rm 80 ( harga asal rm 100 )

jom!! cepat ...kita cantikkan gigi sebelum raya....



Tuesday, June 25, 2013

KENALI JENIS TAMPALAN PADA GIGI ANDA




1) tampalan amalgam
  • tampalan yang bewarna silver kehitaman
  • antara jenis tampalan yang kuat dan mampu menampung beban yang tinggi
  • sesuai untuk gigi belakang pada kaviti yang tidak dalam
  • kebaikan : sangat kuat dan tahan lama
  • keburukan : kurang cantik 


2) tampalan komposit
  • tampalan sewarna gigi
  • sesuai untuk gigi hadapan kerana sifatnya yang cantik dan bersinar
  • kebaikan : menyerupai warna gigi
  • keburukan : tidak kuat

3) tampalan Glass Ionomer Cement (GIC)
  • tampalan sewarna gigi
  • sesuai untuk gigi belakangyang mempunyai lubang yang dalam
  • mempunyai flouride yang mampu menghentikan aktiviti karies gigi dan seterusnya memperbaiki struktur gigi..
  • kebaikan : menyerupai warna gigi, mempunyai flouride
  • keburukan : bersifat rapuh
4) Sealan Fissure ( Pengapan Fisur )
  • sejenis tampalan yang diperbuat dari GIC untuk memengap fisur pada gigi yang dalam
  • bertujuan untuk memelihara fisur dari serangan karies
  • sangat sesuai untuk gigi geraham yang baru tumbuh


Thursday, June 13, 2013

Penyakit Gusi dan Bau Mulut

Apakah itu penyakit gusi...

  • Penyakit gusi terjadi adalah merupakan keradangan pada gusi yang disebabkan oleh plak ( tahi gigi ) yang tidak dibersihkan dengan sempurna.
  • TAHI GIGI adalah merupakan sisa makanan yang melekat pada gigi dan pinggir gusi 
  • sekiranya TAHI GIGI tidak dibersihkan, ia akan mengeras dan membentuk KARANG GIGI
  • TAHI GIGI dan KARANG GIGI boleh menyebabkan gusi bengkak dan mudah berdarah
karang gigi dan pinggir gusi yang kelihatan kemerahan



Tanda - tanda penyakit gusi :
  • gusi berdarah semasa disentuh/ memberus gigi
  • mulut berbau
  • gigi goyang dan bergerak dari kedudukan asal
  • gusi turun dan menyebabkan gigi sensitif

Jika anda mengalami tanda - tanda di atas :
Jangan lah takut untuk berjumpa doktor gigi anda
Ubat kumur tidak akan merawat penyakit gusi sekiranya karang gigi TIDAK DIBUANG

Rawatan yang akan diberikan adalah PENSKALERAN DAN PENGGILAPAN


Penskaleran adalah satu prosedur pembuangan karang gigi dengan menggunakan mesin ultrasonic.

Selepas penskaleran....gigi bersih...gusi pun akan kembali sihat


GOSOK GIGI PUN DAH TAK BERDARAH

YANG PENTING..MULUT PUN DAH TAK BERBAU

LEBIH YAKIN NAK BERCAKAP DENGAN ORANG LAIN.. :)


Wednesday, June 12, 2013

Pakej Gigi Palsu Istimewa untuk Warga Emas dan Orang Kurang Upaya

  • pakej diskaun istimewa sebanyak rm 100 bagi W.E dan O.K.U yang buat gigi palsu PENUH atas dan bawah..
    • harga biasa : 
      • gigi palsu penuh atas : RM400
      • gigi palsu penuh bawah : RM 400
      • Harga satu set atas dan bawah : Rm 800
      • DENGAN DISKAUN ISTIMEWA : harga 1 set gigi palsu cuma RM700

  • kami akan datang ke rumah untuk mengambil acuan, mengukur dan menyerahkan gigi palsu bagi pesakit yang :
    • warga emas yang tidak mampu naik tangga
    • pesakit yang lumpuh dan tidak mampu berjalan
    • orang kurang upaya yang tidak boleh berjalan dan menaiki tangga

  • kami juga boleh datang untuk cabut gigi bagi GIGI YANG GOYANG SAHAJA

Ahli keluarga yang berminat boleh telefon talian 014 - 6037507 untuk mendapatkan temujanji.

SISTEM TEMUJANJI ONLINE DIBUKA SEKARANG

Sistem temujanji online kini boleh digunakan oleh sesiapa yang ingin mendapatlkan rawatan dari kami..
Anda hanya perlu komen pada post ini dan   :

  • masukkan nama dan no telefon untuk dihubungi
  • masukkan tarikh dan masa anda ingin mendapatkan rawatan
  • nyatakan jenis rawatan yang anda kehendaki
Pihak kami akan menyemak waktu temujanji anda dan memberi maklumbals secepat mungkin.



Tuesday, June 11, 2013

Tooth Mousse


Apa itu tooth mousse?

  • sapuan yang menguatkan gigi
  • sesuai untuk semua peringkat umur dari bayi hingga warga emas
  • juga sesuai untuk ibu mengandung
  • tidak memudaratkan tubuh badan.
Kenapa kene guna tooth mousse?
  • untuk rawat tompok - tompok putih ( petanda gigi nak mula berlubang)
  • untuk rawat tompok putih pada gigi selepas rawatan ortodontik
  • untuk rawat gigi sensitif
  • untuk melindungi gigi dan mencegah gigi berlubang

Pakej Menarik!!!


Rawatan Gigi Palsu


  • Klinik kami juga ada menawarkan perkhidmatan membuat gigi palsu
  • Gigi palsu ada tiga jenis :
    • akrilik biasa 
    • dengan chrome
    • valplast
  • gigi palsu akrilik biasa bersifat tidak elastik. Harga paling murah berbanding jenis gigi palsu yang lain



  • gigi palsu separa dengan chrome menggunakan bahan chrome cobalt sebagai tapak. Sesuai untuk pesakit yang tidak mahu mulut mereka merasa penuh apabila memakai gigi palsu.

  • gigi palsu jenis valplast adalah gigi palsu yang boleh dilentur. Sangat sesuai untuk pesakit yang memerlukan gigi palsu untuk satu hingga batang gigi sahaja.



Tooth Jewellery

Dua berlian dilekatkan pada gigi taring

  • dikenali sebagai berlian gigi
  • berfungsi sebagai perhiasan gigi 
  • dilekatkan pada gigi hanya dengan menggunakan 'bonding agent'
  • tidak ada prosedur yang menyakitkan
  • tidak perlu menebuk gigi
  • boleh ditanggalkan bila - bila masa
  • prosedur melekatkan berlian hanya memakan masa 2 hingga 4 minit sahaja
  • harga yang berpatutan .... sebiji rm 100 ( siap pasang )
sebiji berlian pada gigi kacip kedua


Tooth Whitening ( Pemutihan Gigi )

Apakah itu Tooth Whitening?  
Tooth Whitening adalah merupakan satu kaedah pemutihan gigi - boleh dilakukan di klinik ( office application ) atau di rumah ( home application ) - prosedur pemutihan gigi di klinik memakan masa di antara 20 hingga 45 minit - satu kaedah yang mudah dan selamat - Prosedur ini TIDAK SESUAI UNTUK

  1.   IBU MENGANDUNG @ SEDANG MENYUSU ANAK 
  2.   GIGI YANG BERLUBANG BANYAK   
  3.   KANAK - KANAK
  4.   MEMPUNYAI KARANG GIGI YANG BANYAK


SEBELUM

                                                 
SELEPAS
  

Kenali Doktor Gigi anda



  •  Dr. Normi Laili Binti Mohd
  •  Kelulusan : Doctor of Dental Surgery,Universiti Kebangsaan Malaysia
  •  Pengalaman : Pernah berkhidmat di perkhidmatan pergigian kerajaan selama hampir 10 tahun
  •  Berkemahiran dalam : 
    • rawatan pergigian kanak - kanak
    • pembedahan mulut minor 
    • cabutan surgikal
    • cabutan

KLINIK PERGIGIAN BALIK PULAU... KINI DIBUKA

Assalamualaikum dan salam sejahtera...alhamdulillah..Klinik Pergigian Balik Pulau kini telah beroperasi dan sedia memberi perkhidmatan untuk anda.. Lokasi klinik adalah bertempat di kawasan Simpang Empat Genting, berada di atas kedai dobi yang berdekatan dengan Cosway Farmasi.. Waktu operasi adalah dari Hari Isnin - Sabtu : 9.30 pagi hingga 10 malam. Sekiranya anda ada sebarang pertanyaan atau ingin mendapatkan temujanji untuk rawatan..boleh hubungi 014-6037507