Tetamu Kami シ

Tuesday, June 25, 2013

KENALI JENIS TAMPALAN PADA GIGI ANDA




1) tampalan amalgam
  • tampalan yang bewarna silver kehitaman
  • antara jenis tampalan yang kuat dan mampu menampung beban yang tinggi
  • sesuai untuk gigi belakang pada kaviti yang tidak dalam
  • kebaikan : sangat kuat dan tahan lama
  • keburukan : kurang cantik 


2) tampalan komposit
  • tampalan sewarna gigi
  • sesuai untuk gigi hadapan kerana sifatnya yang cantik dan bersinar
  • kebaikan : menyerupai warna gigi
  • keburukan : tidak kuat

3) tampalan Glass Ionomer Cement (GIC)
  • tampalan sewarna gigi
  • sesuai untuk gigi belakangyang mempunyai lubang yang dalam
  • mempunyai flouride yang mampu menghentikan aktiviti karies gigi dan seterusnya memperbaiki struktur gigi..
  • kebaikan : menyerupai warna gigi, mempunyai flouride
  • keburukan : bersifat rapuh
4) Sealan Fissure ( Pengapan Fisur )
  • sejenis tampalan yang diperbuat dari GIC untuk memengap fisur pada gigi yang dalam
  • bertujuan untuk memelihara fisur dari serangan karies
  • sangat sesuai untuk gigi geraham yang baru tumbuh


1 comment: